Wednesday 13 July 2011

penulisan dan penyelidikan

PERSEPSI GURU-GURU PRASEKOLAH TERHADAP PELAKSANAAN
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH
DI DAERAH PADANG TERAP PENDANG

Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru-guru prasekolah terhadap amalan pengajaran dan pemeblajaran bilik darjah serta masalah-masalah yang dihadapi. Seramai 45 orang guru prasekolah daripada 42 buah sekolah kebangsaan di Daerah Padang Terap/Pendang, Kedah Darul Aman diambil sebagai responden. Dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhannya respoden kerap (i) mengamalkan pendekatan bertema dan belajar melalui bermain sebagai teknik pengajaran dan pemeblajaran (ii) mempelbagaikan bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran (iii) menerapkan nilai-nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran dan memeriksa kebersihan diri dan pakaian murid setiap hari (iv) menerapkan kemahiran berfikir kritis dan kreatif dengan memastikan mereka memahami tajuk yang dibincangkan (v) membuat penialian menggunakan rekod berterusan (vi) memberi pengukuhan dengan melibatkan ibu bapa dan waris dalam aktiviti prasekolah. Walau bagaimanapun, guru didapati jarang (i) mempraktikkan soalan yang beraras tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran dan (ii) menggunakan kaedah projek untuk membolehkan murid menyalurkan kreativiti secara total. Manakala masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru prasekolah ialah (i) tidak dapat menunggu semua murid menguasai sepenuhnya sesuatu topik yang diajar sebelum memulakan topik yang baru (ii) mendapati murid mengambil masa yang lama untuk menyiapkan aktiviti pembelajaran semasa penagajaran dan pembelajaran dan (iii) bilangan murid yang ramai (melebihi 25 orang ) dalam sesebuah kelas menimbulkan masalah kelas.


-------------------------------------------------------------------


KEMAHIRAN BELAJAR PELAJAR PISMP SEMESTER 3 DAN PERKAITANNYA DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK DI IPG KAMPUS DARULAMAN

Tujuan kajian ini ialah untuk mEngenal pasti kemahiran belajar dalam kalangan pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Semester 3 dan mengenalpasti hubungan di antara kemahiran belajar dengan pencapaian akademik pelajar PISMP Semester 3. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah tinjauan. Sampel kajian ialah seramai 90 orang  pelajar PISMP Semester 3 yang dipilih secara rawak dari Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman. Instrumen untuk kajian ini ialah soal selidik berstruktur  yang terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian A mengandungi maklumat tentang latar belakang responden, sementara Bahagian B mengandungi Soal selidik kemahiran belajar yang terdiri daripada 8 konstruk kemahiran belajar iaitu kemahiran pengurusan dan penangguhan masa, kemahiran Tumpuan dan Daya Ingatan, Kemahiran Bahan Belajar dan Mencatat Nota, Kemahiran Strategi Menghadapi Peperiksaan, Kemahiran Menyusun dan Mengurus Maklumat, Kemahiran Motivasi dan Sikap, Kemahiran Membaca dan Pemilihan Idea Utama dan Kemahiran Menulis. Dapatan kajian menunjukkan prestasi akademik pelajar PISMP Semester 3 hanya mencapai prestasi lulus sahaja. Sementara itu majoriti pelajar-pelajar PISMP semester 3 mempunyai tahap kemahiran belajar  pada tahap baik sahaja. Pelajar perempuan mempunyai tahap kemahiran belajar cemerlang dalam kemahiran mencatat nota, kemahiran strategi menghadapi peperiksaan, kemahiran mengurus maklumat, kemahiran motivasi, kemahiran memilih idea utama dan kemahiran menulis. Pelajar lelaki pula mempunyai tahap yang lemah dalam kemahiran mengurus masa, mencatat nota, memilih idea utama dan kemahiran menulis berbanding pelajar perempuan tetapi mempunyai tahap cemerlang dalam kemahiran memberi tumpuan. Hasilan analisis data  menunjukkan  kemahiran mengurus masa, kemahiran memberi tumpuan, Kemahiran Mencatat Nota, Kemahiran Strategi Menghadapi Peperiksaan, Kemahiran Mengurus Maklumat, Kemahiran Motivasi, Kemahiran Memilih Idea Utama dan Kemahiran Menulis tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan Pencapaian Akademik.Kajian ini juga mendapati tidak ada perbezaan yang signifikan tahap kemahiran belajar dalam kalangan kumpulan pelajar yang mempunyai tahap pencapaian akademik sederhana,baik dan cemerlang.

------------------------


PEMBINAAN MODAL INSAN BERKUALITI DI IPG KAMPUS DARULAMAN

Pembinaan modal insan yang berkualiti adalah bertujuan membangunkan spiritual dan kekuatan rohani untuk menjamin sebuah negara maju dengan identiti sendiri. Kejayaan membangunkan modal insan itu bukan dinilai berdasarkan kejayaan melahirkan ramai golongan mahir dan profesional tetapi lebih berkisar aspek kualiti pada diri tenaga mahir yang dihasilkan.

Untuk membina sebuah negara maju dengan identiti sendiri perlu berteraskan pada modal insan. Modal insan dengan minda kelas pertama memerlukan satu sistem pendidikan berkualiti. Ini bermakna pendidikan berkualiti, bermula dengan guru. Sumber tenaga guru ini dikeluarkan oleh Institusi Latihan Perguruan sama ada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institut Pendidikan Guru (IPG).

Justeru, Institut Perguruan Darulaman (IPDA), Jitra, Kedah merupakan salah satu IPG dipertanggungjawabkan membangun modal insan yang berkualiti dalam pelbagai aspek meliputi kepimpinan, budaya ilmu, berfikir kelas pertama, maju dengan identiti sendiri, budaya penyelidikan, nilai murni, bakat seni keguruan dan pembelajaran sepanjang hayat. Kepelbagaian aspek ini disepadukan melalui Kurikulum, Gerak Kerja Kokurikulum, Latihan Mengajar (Praktikum), Bina Insan Guru dan Pendidikan luar yang disediakan oleh Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.


-------------------------------------------------------------------------------



Komitmen pendidik cemerlang dalam merealisasikan 'Guru Cemerlang Generasi Gemilang’ Tema Hari Guru 2008


Guru adalah antara profesion paling tua di dunia. Gurulah bertanggungjawab mendidik dan melahirkan generasi gemilang yang mempunyai keupayaan kuasa pemikiran yang tinggi minda kelas pertama acuan Malaysia. Generasi gemilang adalah aset paling berharga kepada negara untuk menjana kedaulatan, kehormanian, kesejahteraan dan kemajuan negara agar mampu bersaing di pentas global.

Pembinaan generasi gemilang adalah proses berterusan yang perlu menjadi suatu budaya kerja yang profesional para pendidik. Untuk melahirkan generasi gemilang para pendidik perlu mengamalkan pengajaran dan pembelajaran cemerlang, mengaktifkan gerak kerja kokurikulum, menerapkan pembelajaran sepanjang hayat, mengilap bakat seni keguruan serta menyumbang perkhidmatan dan kepakaran pada komuniti. Pengamalan kecemerlangan perlu di nilai melalui instrumen keberkesanan yang memberi gais panduan halu tuju yang memenuhi aspirasi negara. Melalui analisis instrumen keberkesanan peluang penambahbaikan dapat dilaksana dan tindakan yang sewajarnya boleh diperkemaskan.

Dalam memperkasakan generasi gemilang para pendidik perlu bijak bertindak sebagai fasilitator, pembimbing, penilai, pemantau dan pemandu kepada rakan sejawat, ibu bapa untuk membangun dan mengekalkan modal insan cemerlang, gemilang dan terbilang.

No comments:

Post a Comment